Johor Bahru (juga dieja sebagai
Johor Baru dan biasanya disingkatkan menjadi
JB) ialah nama
ibu negeri Johor dan juga nama
daerah metropolitan yang terletaknya di selatan
Semenanjung Malaysia. Johor Bahru merupakan bandar raya kedua terbesar di dalam negara
Malaysia selepas
Kuala Lumpur.
 |
| pandangan bandaraya dari singapura |
Jumlah penduduk melebihi 900,000 di kawasan bandaraya (menjangkau 1 juta pada 2010) dan lebih kurang 1.6 juta di daerah metropolitan, Johor Bahru merupakan satu pusat
perindustrian,
perdagangan, dan
pelancongan yang utama. Pelancongan adalah penyumbang yang besar dalam
ekonomi Johor Bahru yang mana 60% daripada pelancong-pelancong yang melawati Malaysia setiap tahun berkunjung melalui negara
Singapura. Walaubagaimanapun, perkembangan perindustrian di Johor Bahru yang begitu pesat telah menjadikannya sebagai salah satu pusat perindustrian yang terbesar di negara.
Tanjung Puteri, nama asal Johor Bahru diasaskan pada tahun
1855 oleh
Temenggong Daeng Ibrahim (
Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim), bapa kepada
Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, seorang Sultan yang amat dikenangi. Pada permulaannya, ia merupakan sebuah
kampung perikanan Melayu. Sultan Abu Bakar menamakannya sebagai "Johor Bahru" sewaktu baginda mengisytiharkannya sebagai ibu kota kerajaan pada tahun
1866, susulan daripada peralihan pusat kerajaannya dari
Teluk Belanga di Singapura.
Sultan Abu Bakar berketurunan daripada
Temenggong Abdul Rahman, seorang ketua tempatan yang telah menandatangani
perjanjian penyewaan pulau Singapura dengan Sir
Stamford Raffles dari pihak
British pada tahun
1819. Sebahagian besar daripada kemakmuran Johor pada hari kini boleh dikesan secara langsung kepada kejayaan Sultan Abu Bakar memujukkan
pengusaha-pengusaha British dan
Cina untuk
melaburkan dalam bidang
pertanian di kawasan baginda. Sultan Abu Bakar menunjukkan kecenderungan yang tergiat dalam
perancangan bandar kerajaannya. Oleh sebab itu, banyak daripada bandaraya pada hari kini mempunyai nama dan tanda-tanda baginda, seumpamanya
Muzium Sultan Abu Bakar dan
Masjid Sultan Abu Bakar.
 |
| masjid sultan abu bakar |
Johor Bahru telah menyaksikan beberapa peristiwa kesejarahan negara terutamanya penubuhan
UMNO (
United Malays National Organisation), sebuah
parti politik yang terbesar di Malaysia, pada tahun
1946. Sejak
merdeka, Johor Bahru telah mengalami kemajuan yang amat pesat dibawah pemerintahan kerajaan pusat Malaysia.
Pada
1 Januari 1994, Johor Bahru diisytiharkan sebagai sebuah
bandaraya, yang mana Dato' Hashim Yahya menjadi
Datuk Bandar Johor Bahru yang pertama
kerajaan daerah
Daerah metropolitan Johor Bahru dibahagikan dan diuruskan oleh majlis-
majlis tempatan yang berikut:
Pada September
2005, kerajaan pusat telah mengumumkan penubuhan
Iskandar Malaysia untuk menyeleraskan perancangan dan pembangunan kawasan tersebut. Perbadanan ini dipengerusikan oleh
Perdana Menteri Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi dan
Menteri Besar Johor, Dato'
Abdul Ghani Othman.
 |
| tambak johor |
 |
bangunan sultan ibrahim
EkonomiSebagai salah satu daripada dua pusat bandaraya yang utama di Semenanjung Malaysia (selain daripada Kuala Lumpur dan Pulau Pinang), Johor Bahru adalah pusat perindustrian, logistik dan perdagangan yang penting. Industri-industri utamanya termasuk kilang-kilang elektronik, kilang-kilang membina kapal, dan juga kilang-kilang penapis bahan sumber semulajadi dan bahan kimia daripada petroleum.
Kehadiran syarikat milik Singapura serta rakyat Singapura adalah ketara. Pusat beli-belah yang banyak di Johor Bahru memenuhi keperluar pelancong Singapura yang melawat bandar raya ini untuk membeli-belah atau berhibur, mengambil kesempatan terhadap mata wang Singapura yang lebih kukuh. Hasilnya, pemandangan aktiviti beli-belah di Johor Bahru adalah sangat pesat bagi sebuah bandar raya yang mempunyai saiz sedemikian. Daerah beli-belah utama terletak di pusat bandar raya, manakala sebilangan pusat beli-belah besar terletak di pinggir bandar raya.[1]
Kawasan perindustrian berat ialah Pasir Gudang dan Tanjung Langsat, yang terletaknya di kawasan metropolitan timur. Ia mengandungi kelompok kilang penapis, kilang memproses kimia, dan kilang membina kapal. Kawasan perindustrian ringan dan sederhana khususnya terletak di Tebrau, Tampoi, Senai, Skudai dan Kulai, iaitu di daerah metropolitan utara dan barat laut.
Johor Bahru menikmati hubungan ekonomi yang rapat dengan Singapura. Ramai penduduk di Johor Bahru bekerja di Singapura berikutan kadar gaji yang lebih tinggi daripada di Malaysia bagi kerja yang sama, sebahagiannya disebabkan nilai Dolar Singapura yang lebih kukuh (secara kasarnya 1 Dolar Singapura bersamaan dengan 2.43 Ringgit Malaysia setakat September 2009). Atas sebab yang sama, ramai warga Singapura melawat Johor Bahru untuk membeli-belah, berhibur dan makan, atau tinggal di sana. Ramai warga Singapura yang memiliki hartanah, perniagaan serta kilang di Johor Bahru.>[2][3] Dianggarkan seramai 300,000 warga Malaysia bekerja di republik itu dan seramai 150,000 orang menaiki kenderaan berulang-alik untuk bekerja di Singapura.
Di bawah pelan induk Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor Bahru dijangka akan berkenbang menjadi sebuah kawasan metropolitan besar dengan bilangan penduduk melebihi 3 juta orang menjelang tahun 2025, yang kedua di Malaysia selepas Lembah Klang. Pertumbuhan penduduk dijangka akan melimpah sehingga ke daerah berjiranan iaitu Pontian dan Kota Tinggi, menghasilkan satu kawasan perbandaran yang boleh jadi lebih besar daripada anggaran pelan induk tersebut, berkemungkinan lebih lima kali saiz Singapura.[2]
PenyiaranDari sudut sejarah radio di Johor Bahru satu ketika dahulu stesen RTM Johor Bahru merupakan sebuah stesen peringkat siaran tempatan. Siarannya tidak disiarkan ke seluruh Johor hanya Johor Bahru, Batu Pahat dan Mersing sahaja yang mempunyai stesen pemancar radio. Pada thun 1971 RTM Johor Bahru telah dinaiktaraf menjadi Ibu Pejabat Penyiaran kawasan selatan yang diambil alih dari RTM Melaka. Berikutan dengan ini siaran RTM Johor Bahru dapat diperluaskan sehingga ke Melaka melalui siaran daerah kawasan selatan. Pada tahun 1981 stesen pemancar radio Segamat siap dibina sekali gus siaran RTM Johor bahru diperluaskan sehingga Segamatdan Gemas. Pada tahun 1985 stesen pemancar FM mula beroperasi. Kesannya seluruh daerah Utara Johor, Melaka, sebahagian besar Negeri Sembilan dan Pahang Tenggara dapat menerima siaran dari Johor bahru. Pada ketika ini pemancar Medium Wave tidak relevan lagi. Stesen pemancar ini ditutup secara berperingkat. Pada hari ini semua siaran RTM menggunakan Pemancar FM Stereo.Johor Bahru mempunyai tiga stesen radio. Best 104 merupakan stesen radio swasta yang pertama di Malaysia. Johor FM ialah stesen radio wilayah hakmilik kerajaaan, sedangkan FMJB adalah stesen radio kerajaan bagi kawasan Johor Bahru sahaja.
|